DI USIA 40 TAHUN
Pernah aku cross over a phrase saying " bila pada umur 40 tahun tiada apa2 yang dilakukan untuk perubahan ke arah yang lebih baik, maka sisa2 umur nya tidak akan menjadi baik". Frasa yang mudah tp amat mendalam.
Memang banyak berlaku di depan mata.. Bagi aku yang suka memerhati aku sering berdepan dgn situasi ini malah berlaku kepada org yang aku kenal.. berlaku pada ahli keluarga aku sendiri.. sampai aku jd takut.. begitu shj kah pengakhiran hidup mereka.. sampai kekadang aku menjadi seorang yh kejam mendoakan agar hayat mereka Allah cabut cpt2.. dgn niat kiranya mereka dipanjangkan umur makin byk dosa yg mereka buat.. tp aku juga perlu sedar yg Allah pnjgkan umur mereka supaya mereka sedar dan sempat bertaubat.. tp adakah mereka mengambil peluang..
usiaku kini 45 tahun.. zaman muda aku tak kata yg aku baik.. byk jugak benda jahat yang aku lakukan.. tak perlulah membuka aib sendiri.. tp pada usia ini bila dipikirkan perkara jahat yg kita lakukan adakah Allah akan ampunkan dosa silam kita? aku takut andai jawapan nya tidak walaupun aku tahu Allah maha pengampun.. sampai kekadang aku rasa aku tidak layak untuk meminta apa2 lagi dari Allah kerana aku malu.. malu dgn kesilapan yg pernah aku lakukan dulu..
Namun hati msh mengharap... aku tidak minta kaya.. aku tidak minta harta.. cukup aku hidup dgn kesederhanaan sekarang.. ada rumah tempat berteduh.. ada kerja utk menampung hidup.. ada suami utk bermanja.. cukup.. walau diri blom dikurniakan zuriat tp aku redha.. aku sering anggap yg mungkin ini ujian Allah serta balasan atas kesilapan lalu.. jika benar aku terima..
semoga Allah terima taubat ku.. semoga Allah ampunkan dosa2 ku.. semoga Allah makbulkan doaku utk merasa menjadi seorang ibu..
Aku yakin dengan Allah.. Aku mahu bersangka baik dengan Allah... kerana dia tahu apa yg terbaik utk hambanya.. ALLAHUAKHBAR..
DAYANG SAYANG KAMU..xoxo ❤❤❤

Comments
Post a Comment