JODOH...
Assalamualaikum,
Salam Jumaat yang maha barakah..
Yg terhangat diperkatakan sekarang, kisah penceraian Mizz Nina dan Noh Hujan.. Ramai yang simpati terhadap pasangan ini.. Tiada angin tiada ribut, tup tup bercerai.. Benar kata org.. jodoh, pertemuan, ajal, maut semuanya ditangan Allah.. sesuatu yg mustahil utk kita ketahui tetapi pasti akan terjadi.
Dari luaran, Mizz Nina kita lihat beliau sbg seorang yang sempurna, cantik, kaya, humble, menjaga diri. Cara hidup islamik yg dipraktikkan selepas berhijrah mmg menjadi inspirasi setiap wanita.. Kita sbg wanita pasti akan tertanya2 mengapa hal ini boleh terjadi.. apa sebenarnya yg diinginkan oleh seorang lelaki dalam perkahwinan. Tiada zuriat sendiri mungkin salah satu penyebab.. tapi dalam soal ini jgn kita letakkan kesalahan pada pasangan kita semata2.. malah itu bukan salah siapa2.. positif lah.. anggap itu sebagai ujian dr Allah.. setiap ujian yang kita tempuhi pasti akan ada hikmah dan kegembiraan yg akan Allah gantikan.
Juga jgn buat apa2 spekulasi,. Kita tak tahu apa yang berlaku dlm rumahtangga mereka.. kita tak tahu apa yg mereka hadapi.. dan aku respect sgt2 dgn Mizz Nina sbb tidak berkongsi masalah rmhtangga dgn umum., beliau tetap menjaga aib masing2.. Ambil lah pengajaran atas apa yg berlaku dah bersangka baiklah dgn ketentuan Allah..
kerap kali aku ingatkan diri aku..be positif.. kalau kau sentiasa positif maka perkara positif lah yang kau akan dapat,. Yakinlah dgn Allah..
Dayang Sayang Kamu...xoxo💓💓💓

Comments
Post a Comment